Friday, October 7, 2011

Vitamin Shaklee..natural atau sintetik?

 Kisah benar ..sebelum ini saya akan ke farmasi untuk mendapatkan supplemen dan ada 2 buah farmasi yang sering saya kunjungi. Suatu hari ada seorang staf farmasi mencadangkan saya membeli satu jenama vitamin C. Katanya "Vitamin C ni natural, yang lain-lain tu sintetik" dan saya pun bertanya lagi "selain vit.C ni ada tak vitamin lain yang   natural?" Katanya " Vit.C dan vit.E sahaja, tak banyak company yang sanggup keluarkan vitamin natural sebab mahal.


Apabila saya bertemu dengan Shaklee...saya sebenarnya dipertemukan dengan yang natural ...


 Perbezaan antara vitamin natural dan sintetik.( Credit)

Sebenarnya, vitamin Shaklee memang berbeza dengan vitamin lain. ....Vitamin atau supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis, vitamin sintetik dan vitamin natural.Apakah vitamin sintetik dengan natural ni?

Penghasilan

Vitamin natural dihasilkan daripada ekstrak bahan-bahan  semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperoleh daripada  pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.


Vitamin sintetik dihasilkan daripada manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri  seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan daripada molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan daripada apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

   
Keserasian dengan badan

Vitamin natural dihasilkan daripada bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh, tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.


Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.


Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.
    

Harga

Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya daripada bahan-bahan semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.


Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

  
Kesan kepada tubuh badan

Vitamin natural mengambil intipati dari bahan-bahan semulajadi.Jadi, ia  tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.


Vitamin sintetik- oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin-vitamin lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindak balas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.


Kesan jangka panjang


Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan daripada bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).


Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.


Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut.


Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tetapi imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.



Hubungi saya jika anak ingin mendapatkan supplemen Shaklee yang natural


SIHAT ITU INDAH
 
Copyright (c) 2010 Sihat itu Indah. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.